Friday 28 March 2014

INFO DAN TIPS PETUA ATASI BENGKAK SUSU


PETUA ATASI BENGKAK SUSU~~INFO UNTUK IBU BERPANTANG

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi tentu pernah sekurang-kurangnya sekali mengalami masalah ini...Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu di tanggung.BAGAIMANA CARA MENGATASI MASALAH INI ? Dapatkan maklumat lanjut di bawah ini :-

## Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu , cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah . Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar.Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.
Ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif , iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta ( hormone susu ) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.


~~ Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu :-

1 } Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan , termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

2 } Susukan bayi anda dengan kerap , iaitu setiap dua @ tiga jam , walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda  daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah di hisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi.Pada sesi penyusuan yang berikutnya , mulakan denagan sebelah payudara yang terakhir dihisap.

3 } Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payudara ibu apabila areola , iaitu kawasan gelap disekeliling puting , sangat keras.Untuk memastikan bayi melekap dengan betul , perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah.Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar denagn sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. SABARLAH dan teruskan mencuba !!

4 } Semasa bayi sedang menyusu , urut payudara yang sedang dihisapnya petlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.

5 } Jika payudara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan bayi.

6 } Menyikat payudara yang bengkak ( sikat menghala ke puting ) 

7 } Sesetengah wanita mendapati , meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan , walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien ( buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering ) 

8 } Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring . Ambil kapas , celup dan sapu pada sekeliling payudara . Jangan sampai terkena bahagian puting .Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

9 } Ambil beberapa helai daun sirih dan di sapu minyak zaitun dipermukaan hadapan. Layur daun sireh tersebut di atas tudung periuk .Tekap pada payudara bila daun agak-agak suam. Selain  daripada melancarkan pengeluaran susu , ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

10 } Urut payudara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payudara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.        

No comments:

Post a Comment